Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 14, 2010

Cooler bag

Assalamualaikum...

rasa sebelum bersalin hari tu dah kutip banyak info, sampai dah nak tepu kepala, rupa-rupanya bila dah dapat baby banyak lagi benda yang tak tau. masa awal-awal dulu tak tau nak hold baby sambil menyusu. kalau setakat dukung retila. bila nak susukan mesti je tak betul. kepala dia tertunduk la, badan dia melengkung la. kesian baby. dan yang tensionnya takde orang pula yang nak ajar, asyik sibuk kata takde susu je. sebelah nip pula inverted, lagi la susah baby nak isap.

ada la sorang nurse datang tengok dan ajar, tapi dia ajar cara suapkan kat baby je, kedudukan baby dia tak betulkan pun. dan dia ajar cara menyusu sambil baring. mak datang, mak tak bagi menyusu sambil baring. antara alasannya, takut terhimpit baby dan takut baby dah terbiasa nanti jadi manja, asyik nak melekat aje. tapi bila duduk pun tak reti juga nak susukan. meraung-raung budak tu.

akhirnya pasrah pada nurse dan mak mertua untuk bagi FM. sedih je. masa mak mertua suapkan dia FM pakai sudu, saya tak tengok pun. hubby pun serba-salah antara baby yang tengah meraung, isteri yang asyik masam bila sebut FM dan asyik tension dengan baby yang asyik meraung dan mak yang asyik dukung baby sambil sebut kesian baby lapar dan suruh bagi FM.

ops...dah salah topik ni. sebenarnya tengah cari nak beli cooler bag set. kalau boleh yang ada sekali botol dan ice pack. tapi kebanyakannya untuk yang muat 4 biji botol je. baca kat forum hari tu ramai yang bagi 5-6 botol pada babysitter. muat ke beg kecik tu dengan nak masuk ice pack lagi? untuk ibu-ibu yang hantar susu ibu pada babysitter harap dapat membantu.

macam berminat dengan yang ini. beg tu boleh letak baju dan barang-barang baby untuk bagi kat babysitter sekali. tapi bila tengok balik Moms Precious Cooler bag set tu sahaja macam muat untuk 4 botol aje. macam mana ye. mana nak cari cooler bag yang boleh letak 5-6 biji botol susu bersama ice pack semua ye. hmm..pening-pening...

harap sesiapa yang dah berpengalaman dapat membantu...

4 comments:

Azrina said...

Hanis masuk kat blog akak http://mamayangcekal.blogspot.com/search/label/Cooler%20Bag. Aku rekemenkan Hanis beli cooler bag MLO dan juga Simple Baby, kedua2 tu memang susuibu.com ada jual. MLO tu dia backpack tau. Dia ada 2 ruang, satu boleh letak botol2 MLO yg kosong dan satu lagi ruang boleh letak susu yang dah di pam...boleh letak dlm 4-5 icepack. Kalau Simple Baby boleh masuk 6btl dengan 4-5 icepack.

Azrina said...

Aku le pulak hahaha...nak taip AKAK..panggil ALONG je udah le

Azrina said...

Ini contoh cooler bagnya..

http://momslittleones.com/shop/images/clrbag.jpg

kmieja said...

hazu,

kalaou nk jimat space pack pakai plastik, boleh muat lebih dr 4biji ebm.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License