Thursday, May 20, 2010

Majalah Pa&Ma

Assalamualaikum...

baru dapat majalah Pa&Ma keluaran Jun yang dilanggan. topik menarik kali ni adalah tentang saat-saat nak bersalin. bulan depan pula ada cerita tentang amalam berpantang. isyk...terlambat satu keluaran betul la PaMa ni. bila keluar topik dan terlepas pula. hmm...takpe la.

sekarang ni alhamdulillah, baby dah kurang meragam di waktu malam. dia bangun menyusu kemudian tidur balik. masa tukar diapers pun sempat senyum-senyum lagi. tapi siang semalam dia meragam pula. ngantuk tapi macam tahan mata untuk tidur. bila menyusu tidur sekejap pastu nangis balik. bila letak nangis. last2 ummi surrender tok mak yang dukung bawa dia jalan2. senyap sekejap. pastu nangis balik. cuba susukan lagi, kali ni baru tidur lena sikit. dia pun penat agaknya.

nanti dah balik rumah sendiri ummi kena layan baby sorang-sorang la. petang baru ayah balik. takpe, insyaAllah kita cuba sama-sama ye. there are still a lot to learn about you, baby.

p/s - tak sabar nak balik rumah sendiri untuk start kehidupan bertiga but means, more cabaran and i have to have a lot more patient. Ya Allah, berikanlah diriku kekuatan.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License