Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 22, 2010

Motherhood Expo 2010

Assalamualaikum..

Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ni, jumaat lepas pergi la ke Mid Valley sebaik sahaja lepas habis kerja. Terfikir juga masa tu, sempat ke nak jalan-jalan ni? macam banyak benda je nak tengok.

Kami sampai dalam jam 6 dan makan dulu sebab dah lapar. Kat food court Mid Valley tu pula ada makanan Jepun, memang terus menuju ke situ la. Nyum...nyum..alhamdulillah, kenyang. Tak habis-habis dengan makanan jepun. Kemudian terus menuju ke expo tu yang terletak di tingkat yang sama. Mungkin sebab hari jumaat dan dah petang, takde la ramai sangat orang cuma not as I expect.

Maaflah, memang tak pernah pergi Motherhood Expo sebelum ni cuma dalam otak memang nak shopping beli barang-barang murah. Tapi tak banyak sangat pun jualan sebenarnya. Ada booth ambil gambar kanak-kanak, takaful, education. Tak banyak la yang untuk barangan new born baby. Banyak juga barang yang berjenama seperti Combi tapi maaflah, saya ni tidaklah teruja untuk membeli barang yang berjenama mahal ni. :p Tapi kalau harga dia memang murah betul boleh juga nak rembat.

Pusing Expo tu tak sampai sejam pun sebab benda yang nak ditengok takde. Agak sedikit kecewa di situ. Alhamdulillah, dapat la juga rembat Majalah Pa&Ma keluaran April yang tak keluar lagi kat kedai dan juga 2 nursing bra dengan harga yang sangat murah.

Hmm...weekend ni ingat nak pegi Babyjaya sale la. Hubby dah bising beg emergency untuk ke hospital tak siap-siap lagi. Esok nak pergi Giant beli benda-benda kecik yang diperlukan macam baby wipes dan nipple cream. Siapkan beg tu dulu. Barang baby dah siap, barang maknya yang tak siap lagi. Tak tau nak masukkan baju apa. Nanti kalau masukkan baju tak cukup pula baju kat rumah. Boleh tak fikir macam tu? Sebab baju berbutang depan ada satu je dan antara baju yang muat lagi nak pakai sekarang ni. Baiklah, malam esok akan siapkan dan boleh terus masuk dalam kereta ye. ;)

Last blogged at Meniti Hari : My Favourite Surfing Spot

1 Comment:

mamamuhammad said...

ahlan wasahlan..kaifa haluki..
harap baby sihat..pd pendapat sy nipple cream tak perlu digunakan..
sy fully BF baby boy pertama sy..mmg mula2 sakit tp kesakitan tu menguatkan lg kasih syg..awk rancang nk BF anak ke?mmg perlu kesabaran yg tggi lg2 klu direct BF..klu pump anak x choosie sgt..tq

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License