Tuesday, March 9, 2010

Chinese New Year @ Office

Assalamualaikum...

Sabtu lepas seperti biasa ada monthly meeting. Macam biasa, takde apa yang menarik sangat pun kecuali masa bagi rewards. Alhamdulillah, kerja kat sini ada performance reward for individual dan group, jadi kalau performance ok boleh la dapat bonus. dia akan review setiap 2 bulan sekali. Alhamdulillah, kadang-kadang bila ada rezeki ada la juga dapat.

Lepas meeting ada buat makan-makan untuk sambutan chinese new year yang dah lama berlalu. (dah boss nak blanje, makan aje la. :p ) First time tengok yee sang tu. Ada la juga diorang membaling-baling yee sang sampai habis bersepah. nasib baik dah lapik surat khabar, kalau tak ada pula yang termasuk kat plug atau network port kat meja tu. huhuhu.

Saje nak share gambar tapi malas nak edit. so mana yang senget tu, sengetkanlah kepala ye.





Yee Sang ni adalah campuran sayur-sayuran, atas tu diletakkan keropok bersama caramel.





Nak rasa sikit...





Ada nasi goreng, mihun goreng, sayur goreng pun ada.





Selain tu, ayam goreng, sayur rebus, ikan sweet sour.


Alhamdulillah, rezeki. Banyak pula makanan lebih lepas tu, apa lagi tapau la. Boss yang suruh, bukan pandai-pandai sendiri tau. Disebabkan lepas meeting tu akan terus ke rumah mak, so bungkus la nasi goreng, ayam goreng dan sayur rebus tu banyak sikit.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License