Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kenduri abangku di shah alam dah pun selesai. Alhamdulillah juga segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun buat kat dewan tapi penat juga persiapan sebelum dan sesudah tu. masa kenduri tu pun asyik berjalan je memastikan segalanya berjalan lancar.
Hubby jadi jurugambar sambilan. Tukang ambil gambar candidi family. biasanya kalau jurugambar pengantin sibuk ambil gambar pengantin je. Jadi dia ni banyak ambil gambar family yang buat kerja. sampai gambar pengantin ada sikit sangat. Boleh la..
Saya pula sibuk ke sana ke mari. kejap jadi penyambut tetamu, kejap tolong tengok pengantin bersiap, kejap tukang tengok makanan cukup ke tak, kejap tengok meja VIP dan layan family pengantin perempuan, kejap jadi tukang bagi doorgift. memang kerja tak reti duduk diam la kira.
Kali ni first menantu perempuan untuk mak dan ayah. Sebelum ni dah dapat dua menantu lelaki iaitu abang long dan hubby. Kali ni menantu perempuan sulung pula. Tak sempat nak berborak panjang atau berkenalan lebih lanjut lagi. Cuma masa kenduri malam buka hadiah tu ada la dia perkenalkan family members dia yang join sekali malam buka hadiah dan potong kek. sempat borak time tu je.
esoknya pula abang dan akak iparku itu terus ke pahang untuk hantar family dia. Family dia takde kenderaan, jadi kena tolong hantar pulang. Jadi, pagi ahad tu sempat jumpa kejap aje la. Saya dengan abang memang agak kurang rapat sebelum ni. sebab abangku itu suka buat hal sendiri dan jarang ada kat rumah. Dah lepas kawen ni tak taula. Takkan nak tinggal kak ipar sorang-sorang kat rumah dan buat hal sendiri kot.
Diorang dah pun berpindah masuk ke rumah sewa. Jadi memang tak duduk shah alam lama. Takpelah, harapnya dapat berkenalan lebih lanjut dan merapatkan lagi silaturrahim lepas ni. Mesti dia kekok berada di rumah mertua kan. Macam saya juga, sampai sekarang masih rasa kekok juga lagi. Tak tahu nak buat apa. huhu. harapnya kehadiran baby nanti dapat mengurangkan rasa kekok yang ada.

0 comments: