Assalamualaikum..
Alhamdulillah, semalam dapat berjumpa seorang yang memang banyak membantu diri ini. Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Semalam beliau sempat memberikan tips kebahagiaan rumahtangga, cara bagaimana untuk kita membentuk keluarga seperti yang diharapkan. Ilmu tak baik simpan sorang-sorang kan. Jom kita share sama.
Sebenarnya yang paling penting cuba didik diri kita dulu. Kalau kita jenis tak boleh tinggal tv, anak nangis/panggil pun dok mengadap je tv liat nak gerak, takkan expect anak kita nanti bila panggil terus tinggal tv, sure dia pun liat dok mengadap tv je. Before we change others, change ourselves first. kalau nak suami kita buat macam tu, kita buat macam tu dulu tapi bukan buat nak dia ikut. buat dengan ikhlas disamping disertai dengan doa dan kasih sayang.
Pernah juga baca kalau ada anak yang tak dengar kata masa dia tidur tu usap-usap kepala dia dan baca doa. kemudian bercakap dengan dia walaupun dia tengah tidur. Mula-mula beritahu kita sayang dia dan apa harapan kita pada dia.
"Assalamualaikum, anak ummi. Ummi sayang anak ummi ni. Tapi kalau anak ummi nakal ummi tak suka, Allah pun tak suka. Ummi harap anak ummi jadi anak yang baik, soleh dan dengar kata ye. Bila ummi cakap jangan melawan ye, nak ye." Disamping tu jangan lupa doakan dia.
Bila dengar tips-tips rasa macam bestnya dapat anak yang baik, bestnya jadi ibu yang penyabar. Tapi bila lihat keadaan sebenar di depan mata, dengan anak buah dan adik saudara jadi risau pula. huhuhu. Mampu ke diri ini mendidik anak menjadi seorang yang soleh dan musleh. Seorang yang menegakkan al-haq. Sedang diri ini pun kadang-kala terumbang-ambing.
Teringat pesanan seorang kakak yang juga salah seorang idola saya, akak ni seorang doktor yang sekarang tengah sambung master(yang of course selain sibuk dengan kelas dan belajar, sibuk juga menjadi seorang doktor dan tugas2 on call), ada 3 orang anak nak masuk 4. kadang-kala sibuk pula dengan tugas-tugas luar dan anak-anak dijaga oleh bibik. Tapi anak-anaknya sangat rapat dengan dia dan mendengar kata. yang kakak menjaga adik. sangat sweet. Saya tanya bagaimana dia manage masa. Dia kata akak tak boleh jawab soalan tu, akak pun tak tau macam mana akak boleh bertahan sampai sekarang tapi yang penting hubungan kita dengan Allah tu kena kuat sebab semua benda Allah yang pegang. Hati kita, hati anak-anak kita semuanya dipegang oleh Allah. Even masa tu pun makhluk Allah, kalau Allah izinkan kadang-kadang kita boleh buat banyak benda dan pergi banyak tempat dalam satu hari sedangkan kalau fikir kadang-kadang rasa tak mampu pun sebenarnya nak buat. Jadi bergantung haraplah pada Allah. Kalau kita takde masa didik anak, Allah akan didik anak-anak kita bila kita sibuk tu adalah untuk mencari redha Allah.
Harap diri ini kekal teguh di jalan yang dipilih sehingga akhir hayat. Moga perjalanan mencari redha Allah tidak terhenti di tengah jalan akibat penat dan bosan. Bersyukur ditemukan dengan orang-orang yang hebat tika diri ini melemah. Terima kasih, Ya Allah. >:d<
p/s - sangat tak reti nak cakap dengan baby sorang-sorang. Biasa hubby je yang banyak cakap dengan baby. cakap dalam hati aci tak? ;)) tapi kata seseorang, kadang Allah suka mendengar suara kita walaupun dia tau apa yang kita doa dalam hati. same goes here, cuba luahkan dengan suara. i'll try my best.
- tengah baca buku tarbiyatul aulad tapi tak terhabis-habis sebab tebal sangat bukunya. nak bawa gi office berat la pulak...

- Mulakan hari dengan bacaan ayat Quran. Lepas solat subuh tu kalau boleh baca sikit Al-Quran. At least satu muka pun takpe. Kalau yang sedang mengandung usap-usap perut dan kejut baby, bagi baby dengar sekali. Semoga bila dia besar nanti dia amalkan juga. Oh, bukan berhenti setakat baca, cuba baca maknanya sekali dan perhatikan apakah perintah Allah yang masih belum kita buat dan larangan Allah yang masih kita buat. InsyaAllah kita cuba perbaiki diri dengan buat sedikit demi sedikit.
- Banyakkan berwudhu. Kalau boleh sentiasa ada dalam keadaan wudhu. (Mak dulu pun selalu pesan. Selalu amik wudhu. Tapi kadang-kadang bila ingat je buat. :P ) Sebab dengan berwudhu tu boleh menghilangkan dosa-dosa kecil. So lagi banyak kali kita berwudhu lagi banyak la dosa yang gugur. Sambil wudhu tu, doa sekali semoga diampunkan dosa.
- Sebelum tidur amalkan buat solat taubat 2 rakaat disamping mengampunkan kesalahan semua orang sama ada yang kita sedar atau tidak. Sebelum tidur cuba bersihkan diri dari sebarang dosa dengan buat solat sunat taubat. Selain tu, maafkan juga kesalahan orang lain yang kita tahu atau tidak untuk mempercepatkan kita dihitung di akhirat kelak. sebab kalau ada orang buat dosa dengan kita yang kita tak maafkan, di akhirat nanti orang tu akan datang dan minta maaf pada kita. makin ramai orang yang kita tak maafkan makin berderet la orang datang.
- Sebelum tidur niatkan dalam hati dan bayangkan macam mana keluarga yang kita impikan. Anak-anak yang bagaimana, pasangan yang bagaimana. Pasang niat untuk bentuk keluarga seperti yang diimpikan. Bila hari-hari kita bayangkan, insyaAllah keazaman kita untuk ke arah itu akan lebih tinggi. Contoh, kita bayangkan kita didik anak sebelum tidur gosok gigi dan berwudhu, salam mak ayah, baca doa tidur baru tidur.
- Amalkan solat dhuha. Solat dhuha ni banyak kebaikannya. Pernah dengar solat dhuha 2 rakaat sama dengan satu malam qiamullail. Tapi tak sure source dia. nanti la cari balik betul ke tak benda tu. Tapi yang penting kita cuba buat. kalau tak boleh buat masa kerja, cuba buat masa weekend.
- Amalkan qiamullail. Masa ni la kita nak berkhalwat dengan Allah. Nak ngadu sungguh-sungguh, nak minta sungguh-sungguh. Takde orang pun akan kacau, dan kita pun tak disibukkan dengan benda dunia. Kadang-kadang kita dah bangun pun, pegi toilet ke menyusu anak ke..tapi tak gunakan masa tu untuk at least solat sunat 2 rakaat.
- Selalu bercakap dengan anak dalam kandungan bagi yang sedang mengandung. Nyatakan harapan kita pada dia, beritahu dia bila kita solat atau ada dengar ceramah, suruh dia join sekali dan jangan kacau ummi. Kira kita didik dia sejak dari dalam perut la.

0 comments: