Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 15, 2009

brother's wedding

Assalamualaikum...

Hujung minggu ni insyaAllah abang saya akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya. Yup, saya telah pun melangkah seorang abang dan seorang kakak. Nak buat camna, jodoh kami sampai dulu. :)

Jumaat ni kami akan bergerak ke Pahang beramai-ramai. Tak banyak persiapan yang perlu dibuat kerana hantaran telah pun disiapkan oleh pihak perempuan. Jadi kami cuma bawa je. Cantik-cantik betul hantarannya. Tunggu harinya nanti la baru ambil gambar. Barulah surprise. Kreatif juga bakal kakak iparku. hehe.

Weekend lepas mak dan ayah buat doa selamat dan ajak saudara-mara terdekat untuk pembahagian tugas semasa majlis. Bila dengar ayah mak bincang dengan saudara-mara dan terdengar abang kata, tak payah la, teringat masa saya dulu. Kalau boleh nak buat sesimple yang boleh. ada benda-benda yang rasa macam tak perlu. Tapi akhirnya mengalah. Mungkin ada hikmah yang kita tak nampak.

Weekend lepas juga telah berjaya beli baju untuk dipakai masa kenduri di sini. Ingat nak beli baju mengandung. Tapi sebab susah sangat nak mencari yang kena dengan tema akhirnya beli je baju kurung. Harap-harap muat nanti. Alah, lagi 3 minggu je. Takkan la perut tiba-tiba membesar sangat kot kan. Walaupun sekarang kain dah agak senteng sebab kena pakai atas perut dan kena pin. Harap-harapnya ok la. Baju untuk hubby pun dah ada juga.

Tapi nak juga beli at least sehelai baju mengandung. Boleh je nak pakai jubah tapi nak juga sehelai. (gedik je.) Nanti la beli.

p/s - nak sibuk pakai inai juga. Jadi pengantin baru lagi sekali. :P

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License