Assalamualaikum..
Semalam saya bercuti bersama hubby di rumah. Biasa orang ambil cuti pergi berjalan-jalan tapi kami duduk di rumah. ;)) Sebabnya, hampir tiap-tiap weekend tiada di rumah. Malam pun kadang-kadang tiada di rumah.(Busy mengalahkan menteri la tu kononnya. :P ) Jadi tiada masa nak memanjakan rumah(ada ke istilah ni?) Hubby pun dah asyik perli, oven dah beli, mixer dah ada tapi kek sebiji pun tak pernah buat lagi.
Ahad lepas sengaja pulang awal dari rumah mertua walaupun isnin cuti sebab nak berehat dan menikmati duduk di rumah.Pasangan yang pelikkah kami ini? Sebulan ada 4 kali sahaja weekend, sekali ke pulang ke rumah mak, sekali ke rumah mak mertua. 2 kali lagi kadang-kadang balik juga atau ada urusan lain. Jadi memang sangat jarang berada di rumah. Dah jadi macam rumah tumpangan pula. Balik untuk masak dan berehat sahaja.
Jadi semalam saya masak special sikit untuk hubby(takde la special sangat pun). Saya masak apple crumble. Saya guna resipi lain, tapi kalau nak tau rupanya klik pada tulisan apple crumble tu ye. Semalam juga bertungkus-lumus mengemas dan mencantikkan rumah. Mulanya cadang nak buat kek coklat tapi hubby minta buat malam ni sebab kawan-kawan hubby nak datang rumah malam esok. Kalau buat semalam macam lama la pula. Selain tu, akan buat triffle juga.
Harapnya menjadi la. Dah lama tak membuat. semalam buat apple crumble pun tak berapa nak menjadi tapi still sedap. Weekend ni kenduri kahwin abangku di shah alam pula. Khamis ambil cuti untuk bantu di sana sebab 1hb tu terpaksa bekerja. New Year di office.. Ada kerjakah? :-b
Tambahan sket. Ahad lepas kami jalan-jalan sambil dating mencari baju mengandung dan beberapa barang. Hubby telah membelikan eyetune, urut mata dari ogawa. Memang dah lama dia nak belikan sebab isteri dia ni asyik sakit kepala dan mata sebab hari-hari terpaksa mengadap PC. Kebetulan Ogawa tengah buat sale, harga asal RM600++ jadi RM180. Apa lagi, lepas try dan berbincang kami pun rembatla satu. Thank you, dear.
Semalam saya bercuti bersama hubby di rumah. Biasa orang ambil cuti pergi berjalan-jalan tapi kami duduk di rumah. ;)) Sebabnya, hampir tiap-tiap weekend tiada di rumah. Malam pun kadang-kadang tiada di rumah.
Ahad lepas sengaja pulang awal dari rumah mertua walaupun isnin cuti sebab nak berehat dan menikmati duduk di rumah.
Jadi semalam saya masak special sikit untuk hubby

0 comments: