Assalamualaikum...
Baru terbaca entry panas kat sini. Baca blog lain yang link ke sana dan punca tuan punya blog tulis tu kerana kisah panggilan hangit yang ada juga dalam blog tersebut. Rasanya mana-mana perempuan pun mesti emo bila cerita pasal isu ini.
Ramai yang menyalahkan lelaki. Saya tak kata nak side mana-mana. memang ada setengah tu yang GATAL je lebih. kata nak ikut sunnah tapi ikut sunnah bila nikah je, lepas tu tanggungjawab semua dah lupa sunnah. dah lupa apa yang Allah ajar dalam Quran. Sibuk mengikut sunnah yang satu sedangkan kewajipan lain banyak yang lalai.
Tapi ada juga yang berpunca dari isteri juga. Kadang-kadang lepas dah beranak-pinak layanan pada suami tu dah diabaikan. Dan bila ditegur suami sibuk memberi alasan anak-anak. sedangkan anak-anak tu kan anugerah, nikmat yang tak terkata hebatnya. bukan sebagai alasan perosak rumahtangga.
Saya tak mahu komen banyak sebab usia perkahwinan kami pun tak sampai setahun pun lagi. anak pun masih dalam proses. tak tau kalau kehidupan kami berubah banyak lepas ni. Masa mengandung ni pun dah banyak juga yang berubah. yang kadang-kadang menyebabkan saya rasa sangat down sebab saya tak menjalankan tanggungjawab seorang isteri dengan baik.
Bagi saya memang dari awal perkahwinan (ke sebelum kawin ye?) saya dah cakap kat dia, kalau dia nak cari lain selain saya syarat pertama saya adalah orang itu mesti lebih baik dari saya dan boleh bersama-sama dengannya ke syurga. bukan saya nak kata saya ni dah cukup baik. saya tahu saya masih banyak kekurangan dan kelemahan. jadi, kalau memang dia boleh tunjukkan pada saya orang yang memang sifatnya yang tak boleh saya perbaiki diri saya untuk cuba menjadi sebaik itu, insyaAllah saya akan terima. Tapi saya tak pasti sama ada saya akan terima untuk bermadu atau tidak. Mungkin saya akan minta dilepaskan. Tapi sekurang-kurangnya saya cuba untuk redha sebab ada yang lebih baik. Mungkin saya belum cukup kuat untuk menerima ganjaran payung emas.
Saya juga katakan pada dia kalau boleh saya nak berkenalan dengan orang itu. Dan harap orang itu dapat bersama-sama dengannya ke syurga. Mungkin saya bukan pasangan yang dipilih Allah untuk bersama-sama dengannya di syurga. kalau ada orang lain yang Allah pilih insyaAllah saya cuba redha.
Oh, emosi saya kebelakangan ni agak terganggu. menjadi agak sensitif. Pernah masa awal mengandung dulu saya tanya pada dia, dia nak kawen lain tak? sebab saya rasa saya tak dapat berikan yang terbaik untuk dia. saya rasa saya tak usaha sehabis baik untuk menjadi isteri yang terbaik untuk dia. macam banyak benda yang sepatutnya saya buat tapi saya abaikan. mungkin itu hanya emosi saya. masa saya tanya tu memang dia agak marah sebab saya tanya soalan yang bukan-bukan. masa depan? wallahua'lam. kami tak dapat menjangka.
p/s - harap tiada yang salah faham. maksud saya terbaik tak semestinya perfect sebab perfect tu sifat Allah tapi sebaik yang semampu seorang manusia. terbaik saya mungkin tak sama dengan terbaik anda. setiap orang ada sifat yang terbaik yang tersendiri.
p/s - saya ni sangat jeles orangnya. kalau boleh saya nak suami saya, saya punya sorang. Kalau ditakdirkan sama-sama masuk syurga, saya nak menjadi ketua bidadarinya, biar tiada bidadari lain yang boleh melawan saya.

1 Comment:
Assalamualaikum Hanis,
Menarik topik ni. Ana pun setuju. Poligami ni bukan juga 100% salah lelaki dlm certain2 case. Mungkin budaya Malaysia menampakkan keburukan poligami tanpa menonjolkan kebaikannya. So kita semua dh terbiasa mind set poligami itu x elok. Tapi ana juga kurang senang bila lelaki bg alasan nak poligami sbb ikut sunnah. huhuhu..
wallahua'lam.