Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

laptop baru dan kedai bayi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam dah selamat beli laptop baru di low yatt. Memang dah survey model cuma nak survey harga sahaja. Kami bercadang beli Acer Aspire 4540. Ini je satu-satunya model yang pakai AMD bukan Intel. Alhamdulillah, berjaya mengurangkan satu produk yang support Israel. Tengok PC baru yang kat office ni pun rupanya AMD processor. Alhamdulillah, semua orang-orang yang sokong israel tu jangan ingat kami tak boleh hidup tanpa kamu. Hubby pun lebih suka AMD sebab graffik dia lagi best untuk main game. huhuhu. Tapi sekarang ni AMD pun dah setaraf dengan intel. Tiada masalah lagi.



Inilah gambar PC saya. Gambar ni ambil dari internet je. Nak tengok spec semua boleh check kat internet. Start jummat petang, kami juga telah pergi ke beberapa kedai baby untuk survey harga dan tengok barang-barang. Bermula dengan jumaat petang, balik kerja terus singgah OU untuk ke Mothercare sebab dengar cerita ada sale. Tapi mungkin kat situ takde sale kot sebab takde nampak tanda-tanda pun. Dah alang-alang tu singgah juga di beberapa kedai bayi yang ada di situ. Mostly kami survey harga untuk stroller, baby car dan portable baby cot. Ada juga tengok barang-barang lain. kalau boleh nak beli stroller yang ada set dengan baby car tapi of course harga pun lebih mahal. Dan nak cari stroller yang boleh ubah supaya baby boleh pandang us atau yang pandang ke luar. Oh, ada juga survey baby sling.

Hari sabtu selain urusan-urusan personal sempat juga singgah di kedai susuibu di bangi. Sebelum tu ke rumah kawan hubby dekat area situ yang ada buat kenduri doa selamat. Kedai ni lebih kepada barangan keperluan untuk penyusuan. ada juga mereka promote untuk sertai kelas penyusuan tapi jadual kami untuk bulan 12 ni dah penuh. InsyaAllah akan ikuti juga nanti.

Semalam, sebelum ke low yatt sempat juga singgah di FabolousMom. Kedai ni paling dekat dengan rumah. Banyak juga barang-barang yang menarik. Tapi berbanding dengan kedai-kedai besar yang kebanyakkannya ada online store ni kedai-kedai kecil lebih murah barangannya. Cuma mungkin tak banyak sangat barangannya. InsyaAllah, kami akan berusaha kumpul duit untuk barangan bayi.

p/s -Hubby kata banyak kedai survey untuk barang baby ni. Kalau baby tak hargai tak tau la. :P Moga baby ummi dan ayah jadi anak yang soleh dan musleh ya.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License