Wednesday, November 25, 2009

Breastmilk vs Formula Milk

Assalamualaikum...

Ada baca di forum dan beberapa artikel yang membandingkan BF dan FM. Bagi saya, mungkin tak perlu membandingkan secara melampau seperti anak yang BF kurus kering, tak cukup khasiat atau anak yang FM anak susuan lembu. Sampai sekarang pun dah tentu kita masih minum susu lembu kan.

Yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk diberikan pada anak kita. InsyaAllah apa yang Allah dah kurniakan itulah yang terbaik. Semua itu nikmat dari Allah. Susu ibu, kesihatan, kepandaian dan lain-lainnya semuanya adalah nikmat dari Allah. Kalau Allah nak tarik, bila-bila masa pun boleh.

Dalam adik-beradik saya, tiada yang sepenuhnya menyusu ibu kerana ibu bekerja. Mungkin pada masa tu belum ada maklumat tentang pam dan sebagainya. Melihat kepada kakak saya sendiri, anaknya betul-betul berhenti menyusu badan pada anaknya berusia 2 tahun lebih. Tapi campur dengan susu formula. Biasanya masa anak nak tidur, atau bila anak merengek baru dia bagi susu ibu.

Jadi rasanya masyarakat kita bukanlah tak tau kelebihan susu ibu ni tapi mungkin sebab dah biasa dengan susu formula dan nampak benda tu lebih mudah sebab semua orang buat. Sama juga macam benda lain. Sekarang ni amalan bercouple tu dah jadi biasa. Siapa yang takde couple tu yang nampak pelik sedangkan dalam Islam sendiri pergaulan antara lelaki dan perempuan tu memang kena dijaga betul. Memang sukar untuk mengubah kebiasaan dalam masyarakat kita. Tapi kalau kita berusaha insyaAllah Allah akan bantu kita. Kerana yang dinilai adalah usaha bukannya hasil.

Saya pun tak berani nak cakap banyak kerana belum ada pengalaman menyusu anak. Entah bagaimana rezeki yang Allah tentukan untuk saya masih belum tahu. Tapi insyaAllah saya akan cuba berusaha sedaya yang boleh sebelum berserah.

Semoga urusan ini dipermudahkan.

p/s - saya ada survey-survey keperluan untuk dalam pantang. ada yang kata tak perlu beli set bersalin sebab bukan semua yang akan digunakan. Apa yang penting untuk kegunaan pantang selain bengkung ye....

2 comments:

shima said...

Salam ziarah..
Mmg bukan senang nak breastfeed byk je halangan terutama dari orang tua kita sebenarnya..
Zaman sekarang bari ibu2 sibuk2 nak bf..dulu2 orang minum susu lembu je..
Saya dah rasa..i'm fully bf my son for 1 year..yg adik ni tak tahu lagi la..harap saya boleh tempoh semua dugaan dlm bf ni.
http://cyberummi.blogspot.com/

Hazu~ said...

Salam kenal..

Alhamdulillah dapat bf 1 tahun. saya dah melawat blog shima. cantik betul barangan baby yang dikait tu.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License