Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 11, 2009

Kemalangan di Tadika

Assalamualaikum..

Jummat yang lalu, anak buah hubby, Fareez (anak kakak hubby), jatuh almari di tadika. Menurut cikgunya dia panjat almari yang agak tinggi untuk ambil permainan yang diletakkan di atasnya. sebelum panjat almari dia terpaksa panjat benda lain dulu. Jadi agak boleh bayangkan ke tinggi almari untuk budak 5 tahun? Rasanya mungkin dia jatuh muka dulu sebab mukanya agak teruk. Mata lebam.

Jumaat malam kami pergi makan, sepanjang malam dia tidur. Doktor klinik kata kalau dia muntah terus bawa ke hospital sebab takut ada kerosakan bahagian dalaman. Sebaik kami habis makan, dia bangun dan muntah. Terus mak ayahnya bawa ke hospital dan ditahan di hospital. Petang semalam baru dapat tahu result ada pendarahan dalam otak dan darah beku belakang mata.

Hubby pegi hospital semalam, agak teruk rupa anak buahnya tu. Mata yang lebam dah bertukar menjadi hitam hampir menutupi sebelah mata dengan muka yang luka2. Mak mertua dan ayah mertua pun terus menangis tengok keadaan cucunya itu. Cucu yang seorang ni memang rapat dengan mak abah sebab 3 tahun mak jaga masa dia kecil dulu. hubby dan acu(adik hubby yang bongsu) pun memang rapat dengan dia. Sampai dia pernah kata cita-cita dia nak jadi ayah chik(hubby). Mak abah(PIL) pun dipanggil mak abah bukan atuk nenek. tapi kalau ada sedara dia yang panggil mak abah dia marah pula.

Acu yang tengah belajar di utara tak diberitahu keadaan sebenar sebab dia ada exam minggu depan. tak nak dia risau pula. kami pun kalau tak ke hospital tak tau keadaan seteruk itu sebab akak tak bercerita sangat. Akak memang bercadang nak tukarkan tadika tahun depan sebab sebelum masuk tadika tu anaknya pandai mengeja, masuk tadika jadi tak pandai pula. dan memang cikgu di situ agak memanjakan budak2. dari budak susah menangis Fareez tu jadi manja dan mudah menangis. Tapi benda dah nak jadi. Malas nak menyalahkan sesiapa tapi ada beberapa kemusykilan.

Takde ke sesiapa yang perasan budak tu panjat almari. kata cikgu dah beritahu jangan main kat situ. Untuk budak lelaki 5 tahun yang tengah lasak, cukup ke sekadar beritahu? Takde ke sesiapa yang pergi ambil atau paling kurang cuba tengok dan berjaga2 supaya kalau jatuh sempat tangkap.

Kenapa mainan diletakkan di tempat yang tinggi. Kalau benda2 merbahaya logik la juga. Bukan ke permainan untuk budak2 main. letak la di tempat yang mudah diambil. kalau betul nak sorokkan, sorokkan di tempat yang budak tak nampak/tak tau.

semasa kejadian mungkin cikgu agak menggelabah (semua cikgu muda2) dan tak hantar ke klinik. Cikgu telefon akak dan tanya macam mana. nasib baik juga tanya, dapatlah hantar ke klinik awal juga. baru semalam guru besar(tuan punya tadika) tahu tentang kejadian. cikgu-cikgu tak beritahu ke benda yang besar macam ni. Doktor pun ada buat report polis sebab kejadian berlaku di tadika. sepatutnya beritahulah tuan tadika sebab apa-apa dia yang akan ditanya juga.

Kejadian dah pun berlaku. Yang penting apa solutionnya selepas ini. Harapnya tak effect mata dan otak Fareez sehingga besar. Dia kata kadang2 dia nampak double vision. harapnya mana-mana tadika pun selepas ini lebih berhati-hati. kanak-kanak yang sedang lasak memang susah nak dijaga tapi berhati-hatilah. ambil langkah berjaga-jaga. jangan disebabkan kecuaian, anak orang menjadi mangsa.

Rasulullah sendiri suruh berusaha dulu sebelum bertawakkal. Rasulullah pernah marah seorang sahabat yang tidak mahu menambat unta kerana katanya Allah akan menjaga untanya. Tapi Rasulullah suruh tambat kerana itu salah satu usaha, kalau dah ditambat kemas2 masih hilang, maka redhalah.

Sebelum ni pun pernah baca kes bayi tercekik susu di taska. Bayi diberi minum susu dalam botol dalam buai dengan keadaan di bedung, manakala pengasuh pegi buat kerja2 lain. bila dah disumbat macam tu, bayi nak menangis pun tak boleh. bila check memang penuh susu dalam jantung bayi.

Risau pula bila tahu berita-berita macam ni. Kena check betul2 dulu taska atau tadika sebelum hantar anak nanti. Ya Allah, peliharalah keluarga kami. Janganlah Kau uji kami sesuatu yang kami tidak mampu.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License