Assalamualaikum...
Tahun ni kali kedua beraidiladha di office. Tahun lepas masih bujang, tahun ni dah bersuami. Tahun lepas sorang-sorang naik train pepagi dan bawa bekal siap-siap. Tahun ni suami tercinta hantar gi office, kul 11 nanti dia datang hantar lunch pula. Yeay. I love u, hubby. Pagi tadi bawa bekal nasi impit+ketupat palas dengan rendang ayam. nyum..nyumm...
Tengah hari nanti hubby nak bawa laksa. hehe. dah request awal-awal sebenarnya sebab nampak macam menarik je laksa mak tu. malam nanti abah kata nak buat roti canai pula. wahhh, banyak betul makanan. Hari tu check kalender, aidilfitri tahun depan jatuh pada hari jumaat.
hmm...mesti semua nak cuti kan. Tahun ni seronok sikit sebab aidilfitri kena dengan masa jepun cuti dan masa tu ada seorang Cina yang tolong kerja sebagai backup(sekarang dah berenti). Jadi kami yang lain dapatla berhari raya dengan riang-ria. Tahun depan kena check la siapa yang dapat cuti. Harap dapat cuti first raya sebab aidilfitri tahun depan turn rumah mertua. aidiladha kali ni dah tak cuti. Macam, bila raya rumah mertua je pegi kerja. Macam tak sedap la pula. Apa-apa pun kena bincang nanti. hehehe. lambat lagi pun.
Oh, raya tahun depan dah bertambah seorang ahli keluarga. Harap surau tempat sembahyang raya tu kids friendly. Bercadang nak bawa baby solat raya sekali, boleh tak? Biar dia dengar takbir, tengok ummi solat berjemaah. Masa kecil-kecil la nak kenalkan dengan masjid kan. Kalau masa kecil asyik kena marah dekat masjid besar-besar baru nak suruh pergi masjid mesti budak pun dah tak nak.
Teringat kisah Nabi mempercepatkan solat di masjid bila terdengar suara kanak-kanak menangis sebab tak mahu ibu kanak-kanak itu yang sedang solat merasa gelisah.
Tapi masalahnya masyarakat kita ni kurang gemar dengan kanak-kanak di masjid. Bagi mereka masjid tu tempat solat semata-mata. Tapi kadang-kadan berbual cerita lagha dalam masjid tak rasa bersalah pula ye. hmm.. Tapi kena juga didik anak-anak supaya behave dalam masjid kan. hmmm..banyak betul berangan. Anak pun takde lagi. Entah macam mana la diri ini nak mendidik anak ye.
p/s - baru terfikir, kali ni macam tak dengar takbir raya langsung. malam tadi kat tv macam takde. tak tau la kalau buka tv yang tak tayang takbir. pagi tadi dalam kereta tak buka radio pula.

0 comments: