Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 2, 2009

Penyusuan awal bayi


Kolostrum

Kolostrum ialah cecair berwarna kuning yang terhasil pada 10 hari terawal selepas kelahiran. Walaupun kuantitinya sedikit berbanding dengan penghasilan susu biasa, ia sangat kaya dengan protein dan antibodi yang mencukupi untuk keperluan awal bayi.

Menyusu seawal mungkin

Menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin memberikan beberapa faedah:

* Masalah ‘bengkak susu’ atau buah dada membengkak di awal tempoh bersalin dapat dikurangkan atau dielakkan.

* Pemberian kolostrum yang mempunyai kesan ‘laxative’ akan menyingkirkan bilirubin melalui najis bayi. Ini akan mengurangkan risiko penyakit kuning atau ‘jaundice’.

* Reflek penghisapan oleh bayi yang kebiasaannya kuat selepas 20-30 minit kelahiran akan melatih bayi untuk menghisap susu dengan lebih baik.

* Bayi akan membina sistem imunisasi di peringkat awal.

* Membentuk hubungan yang erat antara ibu dan bayi.

Menyusu sekerap mungkin

Penyusuan bayi anda tidak tertakluk kepada masa atau pun jadual. Cara yang paling baik untuk menyusu bayi anda ialah dengan mengikut KEPERLUAN. Apabila bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu seperti menyuakan mulutnya ke dada anda atau menangis, anda tahu bahawa di situ ada KEPERLUAN untuk menyusu.

Saiz perut bayi yang baru lahir tidak melebihi sebiji telur ayam. Jadi, walaupun anda mempunyai bekalan susu yang banyak, jangan mengharapkan bayi untuk minum susu dalam kuantiti yang banyak dan kemudian tidur dalam jangka masa yang panjang. Berikan susu dada anda apabila bayi menangis atau menunjukkan respon hendak menghisap. Jangka masa yang sesuai ialah dalam julat 30 minit sehingga 2 jam sekali.

TIPS: Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusukannya. Bayi yang menangis ialah bayi yang sedang “marah” dan dia mungkin terburu-buru untuk menyusu kerana terlalu lapar. Jika bayi anda dalam keadaan yang tenang, guna jari anda untuk menyentuh pipinya. Jika bayi anda membuka mulutnya untuk mendapatkan jari anda, sahlah dia lapar!

Kapasiti perut bayi baru lahir = 20 ml = 4 sudu kecil

Kapasiti perut bayi 12 bulan = 200 ml = 40 sudu kecil

Keciknya perut baby. Kesian untuk ibu yang merasakan susunya tak cukup untuk baby. Harap-harap dipermudahkan urusan untuk menyusukan bayi nanti.

sumber : http://comelnya.com/menyusu/panduan-menyusu-1

2 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Hanis,
Bagus sangat Hanis dah kumpul info2 nie dari awal pregant. So that, nnt tak cepat melatah dengan komen2 org yg 'mulut-tak-berinsurans' tue. Opps! Ekeke.

Yang akak tau, ada doktor kat PPUM (dia mmg buat PHD ttg breastmilk) bagitau, size perut baby yg betul2 baru lahir, hanyalah sebesar biji kacang. Kecil kan? Dats why sesetengah baby yg baru lahir, buleh kenyang dgn kolostrum. Dan, walaupon kita rasa breast tak bengkak, jgn risau, baby akan kenyang sbb kolostrum mmg sket amount nya, tapi full of khasiat.

Nnt kalau terjumpa komen doktor tue, akak link sini. Takpon, kalau hanis rajin, kat susuibu.com tue, baca jerr apa2 post by username "shiha". :)

Hazu~ said...

Terima kasih kak. Banyak juga baca info kat susuibu.com tu. Rasa macam banyak lagi benda nak kena belajar.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License