Keadaan yang akan terjadi kepada anda(ibu), bayi anda dan susu anda pada minggu-minggu terawal selepas kelahiran.
Keadaan ibu dan susu
* Kelahiran - Susu anda berwarna kuning atau keemasan. Jumlahnya mungkin sedikit tetapi mencukupi buat bayi anda untuk memberikan perlindungan terhadap penyakit. Anda akan berasa letih tetapi seronok atas kehadiran ‘orang baru’. Masa yang sangat sesuai untuk memulakan penyusuan.
* 12-24 jam selepas kelahiran - Bayi anda akan minum lebih kurang 1 sudu kecil susu anda setiap kali menyusu. Jumlahnya mencukupi untuk keperluan bayi anda. Pastikan rehat mencukupi dan eratkan hubungan anda dan bayi. Payudara mungkin terasa lembut sedikit. Jika proses penyusuan menyakitkan, dapatkan bantuan daripada individu yang pernah membantu ibu-ibu menyusu. Penyusuan bayi tidak sepatutnya menyakitkan.
* Hari ke 2-5 selepas kelahiran – Susu matang anda akan terbentuk. Warnanya seakan putih kebiru-biruan dan mungkin akan kelihatan kuning keemasan sedikit selama 2 minggu. Payudara anda akan terasa penuh dan mungkin keluar meleleh. Anda boleh menggunakan pad pakai buang atau yang boleh dibasuh di dalam baju dalam anda untuk menyerap lelehan susu. Jika payudara bengkak dan keras, keluarkan sedikit susu sebelum menyusu bayi anda. Dalam tempoh senggang masa penyusuan, gunakan ais untuk mengurangkan bengkak yang biasanya hilang dalam 1-2 hari. Penyusuan bayi akan membantu menghilangkan bengkak.
* Minggu 4-6 selepas kelahiran - Susu anda akan beransur-ansur kelihatan putih kebiruan pada permulaan penyusuan dan krim putih menjelang akhir penyusuan. Warnanya mungkin akan berubah sedikit dari hari ke hari bergantung pada apa yang anda makan, tetapi ia tidak akan memudaratkan bayi. Badan anda sudah teradaptasi dengan proses penyusuan. Payudara menjadi semakin lembut dan lelehan susu akan berkurangan. Jangan risau kerana anda masih mempunyai susu.
Keadaan bayi
* Kelahiran – Bayi anda kebiasaannya dalam keadaan sedar dan peka dalam 1 jam pertama selepas kelahiran. Merupakan masa yang terbaik bagi bayi untuk mula menyusu.
* 12-24 jam selepas kelahiran – Apabila bayi anda sedar dari tidur, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk menghisap dan menyusu. Sesetengah bayi mungkin akan tidur dalam jangka masa yang panjang. Keadaan ini normal kerana proses bersalin memberikan tekanan kepada bayi dan meletihkannya. Bayi anda mungkin terlalu mengantuk untuk menyusu dengan baik di peringkat ini. Penyusuan mungkin singkat dan masanya tidak menentu. Namun begitu, bayi akan menyukai rasa susu anda. Bayi anda mungkin akan menyusu, terlelap, menyusu lagi dan kemudian tertidur. Pastikan bayi anda tidak menerima air atau susu formula kecuali diperlukan untuk keperluan perubatan.
* Hari ke 2-5 selepas kelahiran – Bayi anda akan menyusu dengan kerap dalam julat 8-12 kali setiap 24 jam. Penyusuan yang kerap adalah normal kerana perut bayi anda yang kecil. Kebiasaannya, bayi yang menyusu tiada jadual yang tetap dan mengikut keperluannya. Penyusuan setiap 1-2 jam sekali adalah normal. Tempoh masa penyusuan sebelah payudara adalah 15-20 minit bergantung kepada bayi anda. Bayi anda munkin akan menyusu di payudara secara bergilir atau mungkin hanya menyukai sebelah sahaja. Selepas kelahiran, adalah normal untuk berat bayi menyusut sedikit. Berat bayi anda akan bertambah selepas 10-14 hari umurnya.
* Minggu 4-6 selepas kelahiran – Penyusuan lebih sekejap dan jarak masanya lebih jauh. Bayi yang menyusu badan akan kerap menyusu kerana merasa selesa dan selamat apabila dia rapat dengan anda. Bayi anda akan semakin mahir menyusu dan perutnya telah membesar untuk menampung susu yang diminum.
sumber : http://comelnya.com/menyusu/panduan-menyusu-2

0 comments: