Thursday, September 3, 2009

Tax..oh..tax

Assalamualaikum...

Hari ni sibuk mencari-cari tentang tax. Bukan apa sebab nak tau apa yang boleh diclaim nanti. Maklumlah pengalaman pertama nak ada kena mengena dengan tax ni jadi agak confuse sikit. kalau ikut penyata gaji tiap-tiap bulan dah kena tolak untuk tax tapi takde pula no pendaftaran LHDN. Jadi, saya ni dah didaftarkan ke belum sebenarnya? confuse sekejap. nanti akhir tahun tak boleh nak claim kang. (Itu je yang nak sibuk.) Resit pembelian semua pun dah tak sure ke mana. Macam mana la nak claim.

Pusat zakat pun belum pergi untuk kira berapa yang perlu dibayar. hmm...rasa perlu juga ambil cuti satu hari untuk menguruskan semua benda. Tadi melawat-melawat website LHDN. Banyak betul benda-benda dalam tu. Tapi tak tau nak contact yang mana satu nak dapatkan info. Nantilah ambil cuti pergi LHDN dan pusat Zakat. settle dua-dua terus sekali.

Ada sesiapa yang dah biasa dengan urusan-urusan ni? harap dapat la membantu serba-sedikit ye.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License