Tuesday, September 1, 2009

Iftar jamaie

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam dapat iftar jamaie dengan kawan-kawan beramai-ramai. Kawan-kawan ramai yang bujang, jadi sekali-kala jadi 'bujang' sekejap lah. Disebabkan semalam cuti pulang jadi office jalan pun tak jam. Yup, saya bekerja di hari merdeka dan juga cuti-cuti am yang lain. Disebabkan kerja kami yang tidak mengikut waktu Malaysia ini. Tiada gaji lebih cuma dapatlah cuti tambahan untuk lain kali. Cuti tahunan dah la sikit. Jadi terpaksa kerja masa cuti untuk menambah lagi bilangan cuti.

Alhamdulillah, raya tahun ni dapat beraya sebab terkena dengan cuti Jepun. Dapatlah bercuti lama sikit. Tahun lepas kena bergilir untuk bekerja di hari raya pertama dan raya kedua. (Tapi saya belum mengalami sebab belum start kerja. Cuma masa raya haji kena bekerja.) Tahun ni, raya haji pun insyaAllah saya bekerja juga.

Ops, terkeluar topik pula. Semalam, pulang je dari kerja terus menuju ke rumah sahabat di Bangi. Sebelum tu sempat singgah Pasar Ramadhan. Sangat excited di situ sebab itulah Pasar Ramadhan kami yang pertama untuk puasa tahun ini. Yang dekat-dekat rumah macam takde pun. Tak tau la kalau ada di tempat-tempat yang tersembunyi. Sebelum ni berkejar untuk balik dan memasak je. masak pun benda yang simple. Berbuka dengan nasi dan lauk. Hubby pula jenis tak makan banyak lauk. Jadi, Ramadhan kami sama aje macam bulan-bulan lain.

Alhamdulillah, itulah juga yang disarankan kan. Makan seadanya. Nanti beli banyak-banyak tak habis pula. Di pasar Ramadhan semalam ada la juga beli beberapa lauk untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Tengok-tengok masing-masing bawa macam-macam lauk juga. Dan tuan rumah pun ada masak. Sampai ada 4 jenis ayam sekali makan. Ada ayam percik, ayam masak kicap, ayam golek madu dan ayam masak pedas. Subhanallah, rezeki Ramadhan orang kata.

Semua orang berebut-rebut nak bagi orang puasa makanan berbuka. Salah satu benda yang insyaAllah banyak pahalanya. Ada hadis tentang beri orang puasa makanan berbuka tapi tak ingat. Dan ada penyakit 'M' untuk mencari. Siapa yang tahu boleh la kongsi ye.

Oh ye, Selamat Hari Merdeka. Semoga jiwa dan minda kita juga merdeka dari anasir-anasir penjajah dan bebas dari perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada dunia.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License