Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 11, 2009

I'm going to be a mom...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Akhirnya segala telah jelas semalam. I'm going to be a mom. Sebelum ni memang macam dah agak juga sebab 'teman baik'setiap bulan tak datang-datang. Tapi malas nak check dulu. Tunggu 2 kali tak datang baru ingat nak pergi check. Tapi sebab dah ramai sangat yang bertanya dan ada yang kata muka saya agak lesu seperti orang mengandung. Dan juga kerana peristiwa ini, kami pun mengambil keputusan untuk beli pregnancy test kit di farmasi.



Inilah hasilnya. Tapi masa tu macam tak sure lagi walaupun dia tulis benda tu 100% accurate. Akhirnya semalam sempat juga pergi klinik dan dapat tengok sesuatu dalam perut. Cuti semalam bukan untuk pergi klinik sahaja ye. Banyak urusan-urusan lain lagi antaranya pergi LHDN, pusat zakat, bank-bank dan lepas tu pergi membeli-belah sekali.

Masa scan dan doktor tunjuk ada kantung tu rasa macam nak mengalir air mata. Tak tau sebab apa. Mungkin sebab gembira sangat kot. Tapi belum nampak baby. Cuma nampak satu dot putih sebab baru 5 minggu. Doktor suruh datang lagi lepas raya untuk ukur janin, baru boleh confirmkan dah berapa minggu sebenarnya. Banyak juga bincang-bincang dengan doktor tu antaranya tentang nak bersalin di mana. Saya nak doktor perempuan muslim yang sambut anak saya.

Ada survey beberapa hospital. Kalau boleh biarlah anak saya mendengar nama Allah sebaik keluar perut. Ada baca di forum, ada hospital yang beri salam pada baby sebaik sahaja lahir. Sejuk perut ibu yang mendengar kan. Kena fikir nak bersalin di mana supaya senang nak buat monthly check-up. Nak cari hospital yang :
  • support breastfeeding - nak cuba BF baby sampai 2 tahun
  • Doktor perempuan muslim
  • Tiada doktor pelatih


Tapi risau juga kalau hospital swasta dan kalau jadi apa-apa. Isyk..minta dijauhkan. Lagipun klinik kerajaan tak buka hari sabtu ahad. Saya pula kekurangan cuti untuk ambil sebulan sehari cuti. Dah la memang diperuntukkan sebulan sekali je cuti. Nanti takde cuti dalam simpanan kalau ada emergency.

Harap-harap rakan sekerja dapat memahami saya yang asyik ke tandas. Bukan sebab tak nak angkat telefon tapi sebab asyik rasa nak muntah. Dan seperti biasa hanya muntah angin. Tiada isi yang keluar. Dan saya makin tidak berselera untuk makan. Menurut kakak saya orang mengandung kena kerap makan tapi saya sangatlah tak lalu nak makan. Berbuka makan sikit sahur pun makan sikit. Itu agaknya yang lebih menyumbang kepada angin dan gastrik. Harapnya mereka juga dapat menahan hidung sebab saya melumurkan minyak angin di leher dan dada sebanyak-banyaknya untuk menahan rasa nak muntah dan pening.

Menurut doktor orang mengandung memang akan banyak angin, dan mungkin akan datang balik gastrik so dia suruh teruskan makan ubat gastrik. Oh, dahsyat juga mengandung ni ye. Pernah dengar orang kata bila start mengandung bersedialah untuk sakit dan terus sakit. Sakit mengandung, sakit bersalin, sakit melayan kerenah anak-anak dan lebih menyakitkan adalah bila anak-anak dah besar dan terus menyakitkan hati ibunya. Sebab itulah syurga di bawah tapak kaki ibu kan. Tabah betul menjadi seorang ibu ni. Harap saya dapat menjadi seorang ibu yang tabah dan sabar dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan musleh. tapi sebelum tu ibu ayah dia kena la menjadi soleh dan musleh juga kan.

p/s - rasa sungguh tidak larat hari ini. perlukah saya mengambil mc atau terus bertahan... blogger-emoticon.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License