Wednesday, September 9, 2009

Gastrik

Assalamualaikum...

Semalam dan kelmarin asyik rasa nak muntah je. Actually dah lama juga rasa nak muntah ni. Sejak minggu kedua puasa kot. tapi semalam memang sangat teruk sampai agak lembik ditambah dengan rasa pening. hampir satu badan saya lumur minyak angin.

Nak muntah tapi takde apa yang keluar. Angin je yang keluar. Risau juga. Sebab gastrik ke? Last time kena gastrik adalah masa darjah 3. lepas tu memang agak menjaga makan. Kalau rasa macam dah nak gastrik je cepat-cepat minum susu.

Mungkin juga sebab 2 kali tak bangun sahur dan sekali sahur tanpa air bersusu kot. Biasa sahur memang akan minum air coklat, makan kurma dan minum air masak. Tapi ada sekali yang ketiadaan air coklat atau apa-apa air yang bersusu.

Sahur pagi tadi makan ubat gastrik. Alhamdulillah, hari ni lega sikit. Walaupun ada sikit-sikit lagi rasa nak muntah dan pening-pening. Adakah bakal ada berita gembira? blogger-emoticon.blogspot.comTakpe, InsyaAllah akan pergi check nanti...

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License