Thursday, August 27, 2009

Sahur

Assalamualaikum...

Hari ni kami berdua terlepas sahur. Al-kisah, semalam tukar alarm ke waktu yang lain. Malam tadi terlupa pula nak check alarm. Bangun pagi tadi tiba-tiba dengar azan. Terus kejut hubby. Pastu tengok jam. Memang dah pukul 6 pagi. Hmm...terus bangun untuk solat je la. Lauk semua dah siap dah untuk sahur. Simpan untuk berbuka je la nampaknya.

Dah bersemangat masak lauk yang sedap malam tadi. Hari ni, saya akan berbuka dengan kawan-kawan di subang. Jadi, hubby je la berbuka di rumah. Nasib baik dah sempat juga makan lauk tu untuk berbuka semalam. Takde la kempunan.

Sahur esok nak makan apa pula ye. Oh, sekarang di mana-mana pun gula dah kehabisan. Nasib baik sebelum isu ni naik dah beli gula 2kg dan belum di buka lagi. Sebab dah kurang pakai gula sikit sekarang ni.

Kelmarin pegi Giant, tempat gula kosong langsung. Kedai runcit dekat rumah pun kehabisan gula. Dahsyat juga ye. Saya rasa peranan media yang terlampau menggemparkan seluruh Malaysia ni menyebabkan ada orang beli gula banyak-banyak yang sebenarnya tak berapa perlu pun. Sebab terlampau risau akhirnya beli gula sampai 4kg. Akhirnya sampai dah habis raya pun tak habis-habis. Kesian untuk orang yang memerlukan gula.

Pesanan penaja : Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman. blogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

yani said...

Hanis.. akak pun tak pernah beli gula lagi sejak krisis gula ni. Masih guna gula yang dah lama beli. Beli yg 2kg satu pek tu ta abih pun lagi.. sebab kat rumah ni gula hanya diguna utk wat masak memasak je.. org2 dlm rumah ni tak beraapa suka minum air manis. Kalau sekali sekala teringin nak minum coffee or tea or milo.. guna yg instant tu je.. 3 in 1. Yang ni pun beli satu pek.. berbulan-bulan nak abih.

Hazu~ said...

Itulah kan kak, kadang-kadang sebab takut sangat kita beli gula banyak-banyak. sedangkan tak perlu sangat pun.

Akak mesti banyak juga guna. banyak buat dessert. :)

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License