Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 26, 2009

Kuliah Zohor

Assalamualaikum..
Sepanjang bulan Ramadhan ni ada kuliah Zohor di surau. Tapi memandangkan bidang kerja, saya tak dapat mengikutinya. Cuma sekadar singgah untuk solat. Tadi, seperti biasa singgah untuk solat. Alhamdulillah, dapat membasahkan hati yang telah lama kering. Terlampau sibuk dengan urusan dunia, sampai dah lama tak mendengar sesuatu yang membasahkan hati. Walaupun sekejap tapi rasa seronok sangat.

Antara yang menarik, ustaz kata Islam tu tidak menyusahkan tapi kita yang menyusahkan Islam. How very true. Kadang-kadang kerana adat yang terlampau sangat, kita jadi keliru yang mana satu adat dan ibadat. Semuanya bercampur baur. Sampaikan benda yang simple sebenarnya pun jadi begitu rumit.

Ustaz bagi contoh, orang perempuan nak solat kena pakai telekung ke? Kalau dah cukup lengkap tutup aurat, pakai stokin dan stongan solat je la. Kemudian, ustaz tanya lagi, "tau stongan? Stokin pakai kat kaki, stongan tu stokin pakai kat lengan." Ada yang ketawa. Entah kerana nama yang pelik, atau kerana cara ustaz cakap yang agak lucu.

Seperti biasa lepas solat, saya terus lipat telekung dan pakai stokin dan stongan. Terasa macam semua orang pandang plak. (Walaupun sebenarnya tak pun, sendiri yang perasan agaknya.) Terus cepat-cepat keluar. Oh, saya tak panggil stongan, saya panggil sarung lengan. Sama je sebenarnya.

Seronoknya dapat ikut kuliah. Ustaznya agak menarik juga. Terlupa nak cakap tajuk, tajuk hari ni Islam dan kehidupan. Memang tajuk yang saya agak minat kerana ia berkaitan dengan fikrah. Agak kurang berminat sikit bila bercakap tentang Fiqh sebab ia hanya hukum. Tapi bila bercakap tentang fikrah memang terus masuk ke dalam hati.

Tak tau untuk apa menulis ini sebenarnya. Sengaja nak berkongsi keseronokan kot. Ada tak sesiapa yang berperasaan seperti saya?
blogger-emoticon.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License