Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 28, 2009

Susu Ibu

Dari awal-awal dulu dah share dengan hubby untuk nak fully menyusukan bayi dengan susu ibu. Lagi-lagi pula bila baca banyak betul pengalaman ibu-ibu dan dah ada cara untuk bagi susu ibu walaupun bekerja. InsyaAllah nak berusaha menyusukan anak secara penuh.

Semalam macam mana ntah, tiba-tiba hubby tanya macam mana kalau tak cukup susu nanti? Sebelum ni dah pernah ada baca di SusuIbu.com tapi saje nak share semula kat sini. Ini antara jawapan yang diberikan.

haa.. ni nk share, sy br je dgr talk fr Pn Kamariah semlm .. lepas deliver cuma ade kolostrum je pd ibu, not real susu yet.. lg la susu ibu lepas bersalin masa tu mmg tak byk... new born bb only need around 7ml (haa skit jer) in their first day.. apa nk risau mau kasi kua susu byk2 br lepas deliver.. perut bb kecik ja, lg kecik dr sebiji guli tu.. ha bayangkan, wakpe nk bg dia byk2.. kalo ade ibu2 yg dh stat bg bb minum byk (ie bg botol lepas lahir trus), haa masalah akan dtg selepas itu,where bb will demand more... n kerana susu ibu belum terhasil dgn byk (plus simulation pn tak buat)..maka terjadi la ibu2 yg anggap susu dia tak byk n end -up supply w FM.. huhu..

tp masih byk lg ibu2 di luar sana sering kata n percaya susu tak cukup.. sedey jugak kan..


Yang paling penting juga kena berfikiran positif. Ada banyak lagi tips di forum tu. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dapat diserap. Tapi yakinlah, bahawa Allah tidak menyuruh sesuatu yang menyusahkan.

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Baqarah:233)


Ayat ni berupa suruhan dan ada penjelasan yang tidak mampu saya nak jelaskan. Cuma pernah dengar seorang ustaz kata ayat ni sebenarnya ayat suruhan/arahan kecuali kalau memang betul tak mampu. Tapi sebelum tu kenalah usaha dan berdoa. Sama seperti solat, kalau tak mampu berdiri secara duduk, kalau tak mampu juga baring dan seterusnya.

Semoga diberi kemudahan untuk menyusukan anak sendiri. (Mengandung pun tak lagi dah sibuk berangan. :err:)

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License