Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 30, 2009

Bermain dengan border

Hari ni menghabiskan masa dengan mencuba border seperti yang diajar di Teratak Muncet. Terima kasih Ien.

Selepas tu telah memandai-mandai mengubah sedikit sebanyak sesuka hati. Letak kat sini supaya lain kali tak lupa. Tak nak tulis balik apa yang Ien tulis sebab boleh refer kat sana. Cuma nak bagitau macam mana nak ubah-ubah dia.

Untuk code
border: solid #b0b0b0 1px;
background: #ffffff;

boleh juga diubah menjadi,
border-right: dotted #b0b0b0 1px;
background: 0;


right tu boleh ditukat pada left, top dan bottom. Supaya border tu ada pada satu atau dua atau tiga bahagian sahaja. Kalau memang nak ada border pada keseluruhan tak perlu letak apa-apa selepas border. Seterusnya adalah jenis line. Sama ada line penuh atau putus-putus. Sebelahnya pula code warna. Code warna boleh cuba cari di sini. Nilai pixel tu pun boleh diubah-ubah untuk ketebalan garisan. Cubalah tukar jadi 2px, 3px dan tengok hasilnya. Kalau tak mahu background, tukar sahaja kepada nombor 0. Ia akan menunjukkan backgound blog yang asal.

Boleh juga letak code di bawah ni
padding: 0 5px 0 5
border: solid #b0b0b0 1px;
background: #F0F0F0;

pada #main-wrapper, .post blockquote, #content-wrapper. Click aje ctrl+F untuk cari code-code yang tertera. Seronok juga bermain dengan coding ni. Dapat banyak belajar tentang css code hari ni. Sebelum bermain-main silalah buat blog untuk testing ye. Supaya blog anda tidak menjadi kucar-kacir. Untuk test jangan lupa masukkan juga sedikit widget dan juga entry untuk melihat hasilnya. Oh, sebelum tukar di blog yang dikehendaki jangan lupa save dulu template dengan klik download full di Layout> Edit HTML supaya kalau apa-apa jadi boleh upload semula template asal.

Ada juga bermain-main untuk menambah-nambah column widget tapi macam tak berapa nak menjadi pulak. Itu dulu untuk hari ini. Kita tengok pula esok nak bermain dengan apa. Tengah bersemangat bermain dengan blog. Semoga ilmu ini bermanfaat bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat sana. Amin. Jadi, kena fikir macam ilmu yang kita ada untuk kegunaan akhirat la kan.
:look:

p/s - ayat berbelit-belit sebab pening asyik tengok code.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License