Assalamualaikum..
Dah beberapa hari saya membiarkan blog ini tak berupdate. Bukan blog ni sahaja, blog yang lain juga. Kebelakangan ni agak sedikit busy dengan pelbagai perkara yang perlu difikir dan diuruskan lebih-lebih lagi minggu ni. Isnin lepas kami suami isteri ambil cuti. Bagi kebanyakkan orang, mungkin cuti = rehat tapi bagi kami cuti = menyelesaikan segala yang tertangguh. Masa rehat sementara mungkin masa tidur.
Mujur suami sangat memahami dan sudi memberi sokongan padu. Takpelah penat sikit sekarang, nanti kat syurga kita rehat banyak-banyak, insyaAllah. Terima kasih, suamiku. Mahalnya harga syurga Allah, kan.
Tengah pening sebentar. Entah untuk apa entry ini ditulis. Cuma sekadar memaklumkan saya masih di sini, belum bersalin lagi. :P Ada sesiapa yang rindukah? Harap baby dapat tunggu sehingga akhir bulan. Banyak benda ummi nak uruskan ni.
Semalam pergi check-up. Alhamdulillah, baby dan ummi sihat. Next check-up adalah 2 minggu lagi. Alhamdulillah, berat tak naik. Rasa dah terlebih-lebih naik dah, so kena maintain sket. Tapi masalahnya berat baby pun tak naik juga. Macam kecik je baby, ok ke? Kalau ikut yang dikira guna mesin tu dalam 2.2kg. Is it normal? Bukan biasa 2.5 ke atas ke?
Maaf membuang masa anda membaca entry tidak bermakna ini. Sekadar merehatkan minda seketika.

2 comments:
salam....hazu...sy bg awak award....
Salam k.hanis...
Alhamdulillah, hidup2mu dipenuhi amal, insyaAllah mujahid bakal lahir adalah mujahid islam berkualiti sahabat... Subhanallah..
Ana doa bby anti sihat dalam kandungan dan setelah lahir..
Biar sibuk ketika mengandung...
itu pendidikan buat bayi...
insyaAllah