Tuesday, April 20, 2010

Happy Birthday

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam genap usia saya 2* tahun. Alhamdulillah, saya masih hidup dan diberikan nikmat Allah yang tak terhingga banyaknya. Agaknya sebab terlebih excited pasal baby, birthday sendiri takde la rasa beria sangat. Takde sambutan apa-apa pun. dah tua dah. takyah la sambut-sambut. hehe.

Tapi still dapat hadiah dari suami tercinta. :x Dapat pen drive yang diukir nama. Suami isteri IT betul. dapat hadiah pun pen drive. hehe. Tapi yang istimewanya sebab ada nama saya terukir di situ. Thank you, my dear.

kalau baby lahir 1 May, sama dengan anniversary kami. birthday ayahnya pula pertengahan bulan May. Kira next time boleh sambut 4 acara sekali la. jimat sikit. hehehe. tapi baby memang dijangka lahir in between our birthday pun.

Sekarang dah 38 minggu, bila-bila masa pun baby boleh keluar. berdebar-debar juga ni. tapi macam masih takde tanda-tanda. ada contraction sikit-sikit tapi still boleh tahan lagi dan tak kerap sangat pun. cuma bila berjalan cepat sangat sakit kaki. agaknya kaki dah tak dapat menampung berat badan kot. hehehe.

Tak bercadang nak bercuti awal sebab takut baby keluar lambat. Tapi baby jangan keluar lambat sangat ye. Tak nak la kena induce. harap dapat melahirkan secara natural birth. natural birth dan normal birth adalah 2 benda yang berbeza ye. normal melahirkan ikut pintu bukan ikut tingkap. :P tapi natural birth melahirkan secara natural tanpa ubat-ubatan. lebih kurang macam tu la.

Sabtu ni ingat nak try makan makanan jepun di Oshima restaurant. Dijamin halal sebab owner dia pun Islam yang pernah belajar di Jepun. Harap-harap sempat makan.

5 comments:

IbuHakimHaikal said...

Happy birthday..semoga pjg umur dan dimurahkan rezeki..Amin.. ;)

Hazu~ said...

terima kasih, ibuhakimhaikal.

ojasamid said...

otanjoubi omedetou! gomen ne terlewat wish..br je dapat mengadap kom ni. hehe.
moga barakah usia mu ye sis, dimudahkah segala urusan bersalin dll, dan moga diberikan kebaikan yg banyak oleh Allah. sue nagaku oshiawase ni ne..
(fuhh..pnjg sungguh wish :p)
take gud care ye. hope u enjoy ur pregnancy while it lasts ;)
selamat melahirkan ye hanis..

Hazu~ said...

terima kasih, kak oja. panjang betul wish. hehe. semoga apa yang akak wish tu diperkenankan Allah. Amiinn

cikgu ii said...

hepi besday sis. sowi lambat dehh..
mmuuaahhhsss

p/s: nak pendrive jugak

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License