Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 12, 2010

37 weeks

Assalamualaikum..

Wahh...dah 37 minggu rupanya. Berdebar-debar. Tak tau nak expect apa tapi malas nak fikir banyak sangat. Hari ni baca pasal natural birth kat sini. Ada baca kat situ, di antara kesalahan yang dibuat oleh ibu-ibu in early labor adalah :

1) Tidak tidur
Ibu memerlukan rehat yang cukup untuk meneran semasa proses kelahiran aktif. Jadi ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup.

2) Tidak makan
Sama seperti di atas, ibu perlukan tenaga yang cukup. Mungkin akan rasa tak lalu makan tapi kena juga makan walaupun sedikit.

3) Memberhentikan aktiviti biasa
Ibu yang baring dan berehat tanpa berbuat apa-apa akan melambatkan lagi proses bersalin.

4) Pergi ke hospital terlalu awal
Kebanyakkan hospital akan meminta ibu pulang dahulu kalau bukaan baru 1cm sebab ibu akan lebih stress di hospital dan melambatkan proses bersalin terutama kepada first time mother. Aktiviti yang boleh dilakukan di hospital juga mungkin agak terhad.

Hmm...risau juga. Macam mana nak tau ye. Tapi plan untuk tidak ke hospital selagi boleh tahan rasa sakit. Kalau dah tak tahan sangat baru ke hospital. Tak plan nak ambil cuti awal sebab takut baby keluar lambat tapi harap-harapnya tak menjadi case emergency.

Ya Allah, permudahkanlah proses kelahiran ini. Can't wait to meet you, my baby. Tapi baby tunggu sampai akhir bulan dulu ye. Hehe. Ada a few things need to be settle before that.

p/s - sekarang ni dah sangat susah nak sujud. Bila sujud je macam sesak nafas sedikit dan tak boleh lama-lama. Nak bangun pun kena tolak dengan tangan sekuat hati.

3 comments:

ojasamid said...

salam hanis..kak oja nih. festaim tinggal komen kt hanis. boleh kan? hehehe..
wah, dh masuk bulan terakhir ye. iyoiyo da ne.
:)
akak pon agree dgn points yg hanis tulis tu.
utk bab makan, boleh juga prepare kurma in case xlarat sgt nk makan yg berat2. iA akan masih bertenaga walau labour ambil masa yg panjang, esp. utk first time mother :D
n bab pergi spital terlalu awal tu, kalau kt jepon standard dia 10mins kontraksi utk first time mother, tp kalau pecah air ketuban dulu mmg kena segera pergi kan. mesti hanis pon dh banyak buat pembacaan tentang ni.
iA bila kita makin byk study tntg labour, delivery, bf etc, kita akan kurg panik n lebih bersedia. aru teido, kita tahu what to expect. moga ALlah mudahkan urusan kelahiran dan penyusuan nnt ye..

Mama Liena said...

Hanis ...insyaalah akan berjalan lancar ..Biasala kalau waktu nak bersalin tu akan kinchou , tak kisah anak mana2 pun ..heheh ..

Kalau tak pegi awal ke hospital takpe , tapi kalau dah pecah ketuban tuh mmg sugu kena pi byouing and juga depends pada kekerapan kontranksi ...

Hazu~ said...

Terima kasih kak oja dan kak liena. tu la.. kadang rasa macam dah terlebih baca sampai tepu. pengalaman je takde lagi. huhu. tapi kadang-kadang apa yang baca tu tak sama dengan yang terjadi sebenarnya kan.

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License