Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 15, 2010

The Garden Hotel



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat rezeki terpijak untuk bermalam di The Garden Hotel. Dapatlah merasa duduk situ 3 malam. Bukan honeymoon ye, ni dah kes terpaksa sebab hubby ada kes urgent kat office dan kena siapkan by hari ni untuk bos-bos meeting.



The Garden Hotel


Jadi, diorang provide hotel supaya senang buat kerja sebab hotel ni yang paling dekat dengan office hubby. Office hubby kat belakang Mid Valley, so memang jalan kaki aje la ke The Garden Hotel ni. Jumaat malam tiba-tiba hubby beritahu maybe kena tidur hotel, so terus ke sana. Malam tu sampai pukul 4.30 pagi dia buat kerja. Saya? Tidur je la kat hotel. Sampai sana pun jam 11 malam dah.

Esoknya, ingatkan dah perlu kerja so kami pun berjalan-jalan di Mid Vallet sekejap, kemudian ke kedai Fajar Ilmu Baru kemudian jalan-jalan sekejap. Masa tengah jalan-jalan tu hubby dapat call kena pegi office lagi malam tu. Kami pun balik rumah sekejap untuk ambil baju dan basuh baju yang bertimbun dan terus gerak ke hotel balik. Malam tu hubby dapat balik awal sikit, jam 11 dan dapat tau esok pagi-pagi kena ke office lagi.

Hubby ke office, saya? Melepak di bilik hotel. ;)) Mula-mula ingat nak jalan-jalan di Mid Valley tapi kurang rajin la pula. Tengah hari tu nak ke kenduri kawan, takut penat pula. Sekarang ni dah tak larat nak jalan banyak-banyak. Cepat penat dan sakit kaki. Dalam perjalanan ke kenduri kawan tu, dapat tahu yang kena ke office lagi sebab ada benda yang tak settle lagi. Kesiannya suamiku. Sekali lagi, balik dari kenduri singgah sekejap ke rumah untuk ambil baju dan terus ke hotel lagi.

Mula-mula ingatkan saya nak tinggal je kat rumah, tapi hubby kata tak tau malam tu habis pukul berapa. Takkan dia nak balik rumah pagi-pagi dan hantar saya ke office pula, baik saya terus ke office dari hotel. Dapat makan breakfast free. Jadinya, pagi tadi saya ke office dari hotel. Terlewat sikit sebab semangat breakfast best. Breakfast dia sangat menarik. Terlampau banyak pilihan menu untuk buffet. Setakat hotel yang saya pernah pegi, ini yang terbanyak pilihan makanan. Nama pun hotel mahal kan. Kalau sendiri memang tak mampu la. Ada malay food, chinese food, indian food, japanese food. Tapi semua sikit-sikit la. Paling teruja makan smoked salmon campur dengan salad. Sedapnya.

Agak kelam-kabut kehidupan kami weekend ni. Tadi hubby beritahu ada kemungkinan kena kerja dengan projek ni lagi sampai 18hb sebab ada benda yang tak settle. Tapi tunggu keputusan meeting dari orang-orang atasan hari ni dulu. Sepatutnya dia kena pergi out-station rabu-khamis ni tapi dibatalkan sebab projek ni lebih urgent.

Dengan keadaan yang sangat havoc, tak sempat nak menikmati hotel sangat. Tapi hotelnya memang sangat best. Cuma kami dapat bilik 2 katil single. Dah orang nak bayarkan, duduk aje la. Konsep hotel ni agak Japanese style sikit. Buka TV pun boleh tengok NHK. Rindu betul dengan rancangan jepun. Kalau dia bagi channel selain NHK best juga. :p Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak.



33 weeks pregnancy. Muka pucat, pipi tembam. :P


Last blogged at ~Derap Langkah Sebuah Perjalanan ~ : Bagaimana anda selepas usrah
Last blogged at Meniti Hari : Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License