Thursday, February 25, 2010

Minum air..

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni banyak betul minum air. Sebelum ni di office sekali je top-up air dalam botol air. Botol ni boleh masuk air sebanyak 700ml. So sebelum ni minum 1 liter lebih je la kat office. tapi lately ni 2 kali top-up bekas, kira minum hampir 2 liter juga la. Memang sepatutnya minum air masak 2 liter sehari kan. tapi saya ni memang jenis kurang sket minum air. kadang-kadang lepas makan boleh terlupa minum air. Macam tak logik je kan. Sebab dah terbiasa makan tak sediakan air. Lepas makan, bangun basuh pinggan semua baru ambil air. Kira ada gap sikit la sebelum minum.

Tak tau la kenapa lately ni banyak minum air. Agaknya sebab dada selalu rasa tak selesa kot. selalu rasa panas je kat dalam dada. Agaknya sebab makan benda pedas. Ada baca supaya kurangkan makanan berminyak dan pedas. Tapi sejak mengandung ni kalau makan mesti nak kena ada pedas sikit. Kalau tak rasa tak best je.

Baby ni ikut ayah kot, suka makan pedas-pedas. Suka je kaitkan dengan baby bila makan. Sedangkan ummi dia yang lebih-lebih. hehehe. :p Harapnya dapat kekalkan minum banyak air even lepas lahirkan baby pun. Tapi dari pembacaan rasanya memang kena minum banyak air masak untuk ibu yang menyusu.

p/s - lately ni selalu rasa perut mengeras. Ini ke yang dipanggil Braxton Hicks. Ada juga baca kalau kita aktif sangat makin kerap dan kuat rasa. Kadang-kadang macam tak sure je mana satu Braxton Hicks dengan baby gerak. dah macam lebih kurang sama plak. huhuhu

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License