Assalamualaikum...
Semalam saya bercuti. Mulanya bercuti sebab menyangkakan kakak ipar akan bersalin semalam, rupanya salah hari. Hari ni baru pembedahan akan dijalankan. Dia terpaksa dibedah kerana anak yang pertama dan kedua dulu pun dibedah. Hari Isnin hari tu dia dah masuk wad sebab sakit sangat dan kaki pun dah bengkak. Masih belum ada khabar berita hingga sekarang. Harapnya ibu dan bayi selamat.
Disebabkan bercuti, saya dan suami pun bertungkus-lumus mengemas dan membersihkan rumah. Weekend kami jarang ada di rumah, jadi nak mengemas secara besar-besaran tu susah sedikit. Weekend tahun baru cina baru ni pulang ke rumah mertua sebab ada kenduri. Ahad petang ke rumah mak ayah pula sebab ayah tak berapa sihat. Saje nak tengok keadaan ayah. Isnin saya kerja.
Jadi, semalamlah kami menyusun atur, mengemas, sapu dan mop satu rumah. Nasib baik rumah tak berapa besar. Rumah apartment 3 bilik, 2 bilik air. Nanti pindah rumah teres 2 tingkat macam mana la agaknya. Nasib baik juga ada hubby yang ringan tulang membantu.
Malam tu apa lagi, memang flat la. Sampai nak jalan pun sakit tulang pinggul dan pinggang. Pernah terbaca buat kerja rumah ni salah satu cara senaman yang paling baik lebih-lebih lagi di akhir kandungan. Rumah pun bersih. :D Selain dari senaman yang diajar, boleh juga bersenam macam ni kan. Tapi senaman yang diajar tu perlu juga buat. Senaman belakang, senaman perut, senaman kaki, senaman kagel, senaman pernafasan semua kena buat juga untuk memudahkan bersalin. Kalau tak bersalin pun elok buat juga, kata doktor. Supaya badan sentiasa sihat.
Oh, kisah check-up boleh baca di sini ye. Malas pula nak copy-paste.
p/s - orang lain bercuti pergi jalan, kami bercuti bersenam pula. :p Harapnya akan memudahkan proses masa bersalin nanti. Jangan terkeluar terlebih awal pula dah la ye, baby.
- sekarang tengah belajar-belajar makan halia dan bawang putih. masak apa pun letak tapi potong kecik-kecik dan makan dengan nasi yang banyak. nanti dalam pantang macam mana la...

0 comments: