Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 21, 2009

Nikah+walimah @ Pekan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Sabtu lepas abangku telah selamat diijab kabulkan. Walaupun terjadi sedikit kelam-kabut tapi alhamdulillah, segalanya dah selesai. Biasalah tu, bila majlis besar-besar ni we have to expect the unexpected. Tapi kadang-kadang bila the unexpected tu menyebabkan keseluruhan plan terganggu memang nak jadi marah juga la. Apapun, bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini.

Kami bertolak ke Pekan hari jumaat pagi, sampai sana baru nak buat sirih junjung sebab takut susah nak angkut. Nasib baik ada makcik-makcikku yang bertangan kreatif. sekejap je dah jadi. Tapi tunggu sampai esok sirih dah layu pula. Berusaha makcikku cari sirih di pagi sabtu dan gubah semula. Tiba-tiba jadi design lain pula. huhuhu. seronok betul tengok orang tangan kreatif ni menggubah.

Nikah pagi sabtu dan tengah hari tu terus walimah. Beberapa ahli keluarga kami pulang sebab expect sempat untuk balik. Saya pula malas nak ulang-alik dan kelaparan, duduk makan je la. hehehe. Nasib baik disediakan rumah sebelah untuk berehat-rehat dan persiapan pengantin. Takde la anak-anak buahku mengamuk sangat.

Tiba-tiba pula jadi pembantu mak andam tak rasmi tolong makcik siapkan abangku. Abangku memang tak nak mak andam yang dah tersedia siapkan dia. Dia nak suruh makcik-makcikku. Cantik juga makcik buat bunga sampin tu. Saya plak tolong betulkan sikit-sikit dan touch-up sikit-sikit. Siap kena perli dengan hubby, sejak bila pandai bedakkan orang ni... Hehe. Biasa pakai bedak powder je, malas nak pakai bedak compact sebab nanti tudung kotor.

Lepas ketibaan pengantin masa makan beradab saya pun tumpang sekali makan kali kedua tapi tak dapat makan di meja pengantin. :( Diorang ni bukan nak hulur-hulur sikit. :P

Petang tu, kami pun pulang ke rumah. Dan masing-masing pun terus pengsan. Memang nak balik hari sabtu supaya ahad boleh berehat. Hmm...gambar dalam laptop. Lupa pula nak masukkan dalam harddisk. Kalau tak, boleh upload. 2 minggu lagi kenduri belah lelaki pula.





0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License