Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2009

Sunyi...

Assalamualaikum..

Hari ni memandu sendirian ke pejabat. Biasa ada hubby di sebelah. Sampai office hubby akan bawa pula kereta untuk ke pejabatnya. Tujuannya supaya saya mahir bawa kereta sebab saya masih tak berapa mahir walaupun lesen dah lama dalam tangan. jedua, sebab parking kat sini mahal sangat. Jadi, hubby park kereta di office dia.

Yang seronok bila pegi kerja bersama ni, dapat meluangkan extra masa bersama. Masa ni la nak berbual, bertekak pun ya juga. Tapi hari ni terpaksa memandu sendirian sebab encik suami akan terus ke hospital untuk masuk wad.

Eh, kenapa tiba-tiba masuk wad ni? H1N1? Bukan... Dah lama buat appointment untuk masuk wad ni. Untuk operation buang batu karang. Alhamdulillah setakat ni dia tak rasa sakit sebab benda tu tak mengganggu sistem tapi kena jaga juga makan. Kandungan uric asid dia agak tinggi, jadi kena kurangkan makan seafood. Operation hari rabu tapi hari ni dah kena masuk wad. kenapa ntah awal sangat.

Balik kerja hari ni akan terus pulang ke rumah mak. Esok pergi kerja dengan ayah dan rabu saya mula bercuti untuk menjaga pengunjung tetap di hospital. Hubby masih tak yakin untuk membenarkan saya bawa kenderaan jauh-jauh sangat. Jadi, akan pergi menaiki kenderaan awam. Apa dia tengah buat sekarang ni ye? Mesti doktor tengah check update terkini dia.

Tiba-tiba rasa sangat sunyi. Doakan semuanya selamat ye...

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License