Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 17, 2009

Batu Karang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hubby dah keluar hospital hari jumaat lepas. Sempat kami berpuasa bersama-sama sabtu lepas. Sepanjang Rabu hingga Jumaat lepas saya jadi pengunjung setia HKL. Hubby's operation membuang batu jarang hari rabu. masuk operation room pukul 9 pagi, pukul 2 baru habis. Dan pukul 4 baru dia mula sedar dan dihantar ke wad. Pukul 4 petang tu nampak muka dia yang tersenyum terus rasa lega. Batu karang hubby berpunca dari asid uric yang banyak. Jadi, kena kawal pemakanan la lepas ni. Sebelum ni pun memang dah control juga makan seafood.

Nak kata operation pun macam bukan juga(kalau menurut doktor la). Ditebuk lubang kecik kat belakang badan dan buat laser. Terkejut juga tengok batu karang yang doktor bagi tu. Agak banyak juga. Tapi bersyukur sebab tak effect buah pinggang dan rupanya ada orang yang lebih besar batu karangnya. Harapnya akan terus sihat.

FIL pun ada history gout, jadi kena berhati-hati juga dengan pemakanan hubby ni. Alhamdulillah, dah boleh berjalan-jalan macam biasa, dah bawa kereta dah pun. Tapi tak boleh lama-lama sangat berdiri/duduk.

Check kat sini, banyak juga makanan yang tinggi kandung asid uric rupanya. Hari ni mula bekerja semula setelah bercuti 5 hari. Alhamdulillah, dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga sendiri dan juga keluarga mertua pada awal puasa.

Salam Ramadhan pada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License