Thursday, August 6, 2009

Follower hilang!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi buka blog tiba-tiba tengok follower hilang. Langsung takde apa-apa. Takut jugak kot-kot semalam ada using coding apa-apa. Check kat HTML tu rasa macam takde usik pun. Hmm...nervous..

Tapi..yang peliknya, bukan setakat follower hilang, kotak untuk add dia pun takde. mentang-mentangla follower saya ada satu je. Pastu try pegi melawat page-page lain. Memang google punya follower tu tak betul agaknya. Semua orang pun hilang. Lega sekejap. Sebab bukan salah sendiri.

Nasib baik la follower baru sorang. Kalau orang yang ada ramai-ramai tu then takleh recover balik mesti tension. Harap-harapnya nanti ok balik la...

*update 10 ogos 2009*
Betul ke follower ni yang bermasalah atau pc yang bermasalah atau blog yang bermasalah? Ada juga blog yang tak hilang follower. Macam mana ye kawan-kawan. Ada tak yang menghadapi masalah yang sama?

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License