Wednesday, August 5, 2009

Water heater

Alhamdulillah, semalam dah siap pasang water heater kat rumah. Lepas ni takde alasan air sejuk. Sepatutnya dia orang tu datang pukul 6 tapi sebab tak tau jalan, jadi agak lambat sedikit. Nak buat tu pula, cari wayar tak jumpa. Wayar dah ada dalam suis tapi tak jumpa tempat nak sambung ke water heater. Jadi orang tu sambung wayar lain. Agak lama juga. Maghrib baru siap. Dan lepas tu berjaya rasmikan. Yeay. Tapi petang-petang tak best sangat mandi air panas, last-last mandi air sejuk juga. Pagi tadi baru mandi air panas sket.

Actually, beli dulu jenama lain. Tapi petang semalam tiba-tiba dia call kata stok habis pulak. Yang asal warna pink sebab takde warna lain walaupun hubbby kurang berkenan. Last-last dapat biru, warna kegemaranku. Alhamdulillah, digantikan dengan yang lebih baik.

Kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda yang kita tak dapat tanpa sedar benda yang dah dapat tu lebih baik lagi. Terlampau asyik membanding-bandingkan dengan benda yang tiada sedangkan kalau ada pun mungkin tak sebaik yang dijangka. Bersyukur je la dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License