Monday, August 10, 2009

Hujung minggu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hujung minggu kali ni dapat menunaikan hak pada keluarga. Sabtu ke kenduri kawan mak di melaka, kemudian terus ke kenduri seorang sahabat di muar, johor. Kemudian straight balik kampung di johor. Tak dapat nak berlama-lama di kenduri kawan sebab pergi dengan mak ayah. Takut mak ayah bosan pula. Ayah dah la tak berapa sihat. Nasib baik ada menantu dia yang boleh tolong bawa kereta. Dapatlah ayah tidur di belakang.

Di Johor dah tiada atuk dan nenek jadi kami singgah ke rumah Mak Uda dan Mak Usu. Nasib baik ada mak ayah ikut, kalau tak mati kutu juga kami nak berborak. Oh ye, lepas kahwin biasanya kena bawa orang baru ke rumah saudara-mara untuk berkenal-kenalan dan tahu rumah. Inipun masih ramai lagi yang tak pergi. Adik-beradik mak ada 10 orang, tolak 2 yang meninggal ada 8 rumah yang patutnya kena pergi. On the way balik pula dah singgah rumah Pak Ngah di Melaka pula. Selesai 3 rumah beradik mak.

Adik-beradik ayah tinggal jauh-jauh so boleh dimaafkan juga la. Yang penting dah balik semua kampung. Kampung mak, ayah, kampung hubby pun dah pergi. Cuma tinggal pak mak saudara dan saudara-mara. Takpelah, pelan-pelan. Macam tak reti pula nak pergi rumah orang sekadar ziarah. Dah la tak berapa pandai berbual dengan pakcik makcik. Biasa mak ayah yang berbual kami kadang-kadang je menyelit bila diperlukan.

Tapi dah dekat nak raya. Raya nanti oklah pergi beraya. Takde la rasa pelik sangat. Semalam dah beli baju raya. Sangat suka. Tema warna? Rahsia...

Tak sabar nak puasa. Semoga puasa kali ni menambahkan lagi iman dan menguatkan fikrah. (Tahun ni first time raya ada suamiblogger-emoticon.blogspot.com)

Petang tu pula terus ziarah rumah seorang sahabat sekali dengan gathering orang-orang yang baru kahwin(3 bulan tu kira baru juga la kan...). Lupa nak bawa card reader jadi tak boleh nak upload sedikit sebanyak gambar yang ada. Esok ye, insyaAllah.

p/s - selamat pengantin baru, Nida. Dah jadi isteri orang kawanku itu. Semoga menjadi isteri yang solehah ye.

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License