Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 27, 2009

Maxis vs Celcom

Akhirnya, setelah lebih 10 tahun menggunakan maxis diriku telah bertukar arah kepada celcom. Memang sayang nak tukar. Yelah, dah lama bersama tapi apa kan daya. Nasib tidak menyebelahi kita. :phonecry:

Sebelum ni ada pernah dengar Maxis dikaitkan dengan satu kuil dan hasil maxis tu diberikan dana ke sana. Benar atau tidak kisah ini, wallahu a'lam. Tidak mendapat kesahihannya tapi macam ramai juga dah tahu.

Walau bagaimanapun(ayat BM skema), diriku telah beralih arah disebabkan rumahku yang terletak di atas bukit di dalam hutan itu tidak membenarkan line maxis mendapat walau 1 bar pun. Kadang-kadang je terlepas. Jadi disebabkan penat mem'pow' handphone suami bila berada di rumah, akhirnya membuat keputusan untuk bertukar kepada Celcom dengan menggunakan nombor yang sama.

Jadi jangan tertipu dengan nombor, kerana anda tidak akan dapat murah (kepada pengguna maxis) ketika anda memanggil nomborku. Cajnya mungkin mahal sedikit sebab harga sama ke semua provider tapi takpelah sebab ramai je kawan-kawan yang pakai celcom.

Selamat tinggal Maxis.
blogger-emoticon.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment | Feed



 
^

Powered by BloggerPerjalanan hidup menuju Ilahi by UsuárioCompulsivo
original Washed Denim by Darren Delaye
Creative Commons License